Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (Jika kelaparan berlaku, kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini). Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). Bersamaan ini, jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walaubagaimanapun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.
Jadual Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan
(Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)
Kategori Berat Badan | Aktiviti | ||
Aktiviti Ringan | Sederhana Aktif | Sangat Aktif (Berat) | |
Berlebihan Berat Badan | 20 – 25 | 30 | 35 |
Berat Normal | 30 | 35 | 40 |
Kurang Berat Badan | 35 | 40 | 45 – 50 |
Ringan : kerja pejabat/suri rumah kerjatangan
Sederhana : guru/jururawat
Sangat aktif (Berat) : buruh binaan/ahli sukan
Mengambil Terlalu Banyak Kalori
"Apa salahnya?"
Anda akan menjadi gemuk dengan memakan makanan yang banyak kalori melebihi dari apa
yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudah
terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Apakah dia kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.
Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.