Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.
Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.
Faktor Mempengaruhi Keperluan Kalori Anda
- Saiz tubuh dan komposisinya
- Usia
- Jantina
Tip Kurangkan Kalori
- Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.
- Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.
- Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.
- Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.
- Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini